Secangkir Teh Pengubat Letih

0.0 / 10 ☆☆☆☆☆ ☆☆☆☆☆ 0 ratings
0 reviews
Publisher
Muna
Publication
2010
Language
Malay
Pages
267
ISBN-10
9830972380
ISBN-13
9789830972381

About This Book

Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah kedua Siri Travelog Tarbiah karangan Ustaz Hasrizal ini. Penulis menumpahkan segala pengalaman beliau di Turki yang juga dianggap rumah kedua selepas Jordan.Warga Turki masih utuh pegangan akidahnya, para huffaz bertebaran di buminya, ukhuwah islamiah masih membara di dada penghuninya, malah tiada Muslim yang akan rasa terasing apabila bertandang ke sana.Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!Bersama kita selusuri pengalaman kembara seorang insan dalam mencari damai di celah-celah rimbunan mehnah yang mencengkam. Ukhuwah dan kasih sayang, tawa dan air mata – segalanya terangkum di dalamnya…Antara kandungan:* Mencari Damai Diri * Canakkale Ajaibnya Turki * Secangkir Teh Pengubat Letih * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Bahasa Yang Pergi… * Ukhuwah Di Bumi Afyon * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Sejarah Tua Kaum Muda Berulang Lagi * Dan banyak lagi…(Sumber: www.galeriilmu.com.my)

Reviews

0.0 / 10 ☆☆☆☆☆ ☆☆☆☆☆ 0 ratings · 0 reader reviews
Write a Review
Have you read this book?

Share your experience with readers around the world.

▱

No reviews yet

Be the first to review this book.